I made this widget at MyFlashFetish.com.

Oct 27, 2012

LATA PAYONG


Sedikit Pemandangan Lata Payong........., kepada pengemar suasana damai air terjun, keindahan hutan, anda bolehlah datang kesini.... rasailah suasana alam yang belum dicemari, air yang bersih dan kedamaiannya. Kepada penghuni bandaraya yang yang ingin lari dari suasana bising kotaraya datanglah ke sini seketika untuk menghilangkan rasa stress anda. Hubungi pihak kami untukmembantu anda untuk ke sini.

SELAMAT HARIRAYA KORBAN


26.10.2012 hari raya AidilAdha, Kemakmuran dan Kemurahan Rezki membolehkan ramai penduduk Kg. Langkap dapat menunaikan ibadah korban pada tahun ini. Sebanyak 7ekor Lembu dikorbankan oleh penduduk kampung langkap termasuk 1ekor disumbangkan oleh YB Dato' ahli parlimen Setiu.

Sambutan Harijadi WargaEmas.



JKKK Kampung Langkap telah mengadakan satu majlis meraikan wargaemas yang ada d Kg. Langkap pada 19.10.2012 (jumaat ) dengan aturcara memotong kek harijadi, bacaan doa selamat, pembahagian Hamper dan jamuan . Majlis disempurnakan oleh SU JKK C.W.Samiun b.Ton Mohamad.
Pada tarikh 19.10.2012 merupakan hari jadi ke 92 tahun warga emas Juriah bt Osman yg merupakan seorang penduduk tertua di Kg. Langkap pada masa ini yang masih lagi sihat dan meneruskan rutin harian untuk sembahyang 5waktu berjemaah di masjid. Jasa semua wargaemas untuk pembangunan insaniah di kampung Langkap sentiasa dihargai. JKKK Kg. Langkap mendoakan kesejahteraan didunia dan akhirat. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...