I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aug 16, 2010

Program Anak Angkat bersama Universiti Malaysia Terengganu









Program kemasyarakatan anjuran Universiti Malaysia Terengganu ini memberi banyak faedah kepada masyarakat kampung Langkap dan pihak JKKK kampung Langkap mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UMT kerana memilih Kampung Langkap untuk aktiviti mereka. Pihak JKKK kampung Langkap juga mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kerana memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Pihak JKKK Kampung Langkap mengalu-alukan pihak-pihak yang berminat untuk menganjurkan program berbentuk kemasyarakatan begini dimasa-masa akan datang.

Aug 15, 2010

Ngambat Ikan










Program Ngambat Ikan ( menghambat ikan ) adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Langkap. Kebiasaannya program ini dijalankan pada bulan april hingga julai bila air sungai nerus yang terletak dikampung Langkap surut. Pada masa ini dengan keadaan air sungai yang surut dan kejernihan airnya menampakkan pasir sungai akan memudahkan kaedah menghambat ikan kekawasan yang cetek. Bila ikan sudah memasukki kawasan cetek pukat dan belat akan digunakan bagi menutup laluan ikan tadi. Ikan yang terperangkap akan ditangkap oleh penduduk . Pada tahun 2010 ADUN Langkap,ADUN Permaisuri serta ADUN Batu Rakit telah turut serta menyertai program ini bersama-sama lebih 500 orang penduduk kampung Langkap. Bagi ADUN Langkap, beliau berharap program ini akan menjadi product pelancungan negeri Terengganu dimasa-masa akan datang. Bagi tahun depan pihak JKKK kampung Langkap menjemput pihak yang berminat untuk turut serta merasai program ngambat ikan untuk datang kekampung Langkap dari bulan april hingga julai dan kepada yang ingin bermalam pihak jkkk kampung Langkap juga menyediakan kemudahan Homestay dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...