I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jan 14, 2011

PROGRAM BACAAN YASIN





JKKK Kampung Langkap bersama-sama dengan KRT Kampung Langkap meneruskan semula program bacaan surah Yasin yang tertangguh. Program ini dibuat seminggu sekali yang diadakan pada setiap malam jumaat di rumah penduduk kampung. Matlamat program ini adalah supaya semangat bersatu padu kekal utuh, keberkatan surah yasin akan diperolehi oleh tuan rumah dan kampung Langkap InsyaAllah.

Jan 10, 2011

BANTUAN SEKOLAH

Majlis pembahagian borang bantuan sekolah kepada penduduk pada 10.01.2011. Terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang prihatin kepada rakyatnya.

Jan 7, 2011

Koporat Prihatin









07.01.2011 Syarikat karangkraf melaui Sinar Harian bersama-sama syarikat nestle, syarikat makanan segera mee maggi, pengedar kereta ford syarikat tenaga gemilang sdn bhd  dan kedai kasut you telah datang ke kampung Langkap menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir dan bersama-sama penduduk kampung Langkap menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak terbabit.  Sumbangan diserahkan oleh wakil syarikat kepada pengerusi jkkk kampung Langkap disaksikan oleh penghulu mukim hulu Nerus, setiu, Terengganu. JKKK Kampung Langkap dan semua penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat terbabit yang sudi memberi sumbangan.

Jan 5, 2011

BANJIR.....BANJIR






06.01.2011Khamis, Banjir berlaku di kampung Langkap akibat dari hujan lebat yang bermula dari hari Rabu 05.01.2011 menyebabkan limpahan air sungai Nerus. JKKK Kampung Langkap telah membuka pusat pemindahan banjir didewan orang ramai kampung Langkap. Seramai 20 orang mangsa banjir telah berpindah sehingga pukul 1.00 petang dan dijangka terus bertambah jika air sungai semakin naik. Jabatan kerajaan seperti pejabat daerah setiu, jabatan kebajikan masyarakat telah melakukan lawatan bagi mempastikan kebajikan mangsa banjir mendapat bantuan yang sewajarnya. Pegawai daerah setiu En. Radzi dan En Ridhuan turun melawat mangsa banjir begitu juga dengan Puan Imilia dari jabatan kebajikan masyarakat daerah setiu meninjau bekalan makanan untuk mangsa banjir mencukupi. Terima kasih kepada semua ajk KRT kampung Langkap dan AJK JKKK yang berkerjasama mempastikan semua berjalan lancar.

Jan 1, 2011

PROGRAM PERDANA.. KACAU BUBUR ASSYURA DUN LANGKAP





30.12.2010 JKKK Kampung Langkap terlibat dalam program kacau bubur assyura peringkat DUN Langkap bersama-sama dengan Y.B. Tuan Haji Asshaari bin Idris. Pada Program ini sebanyak 80 kawah bubur assyura disediakan untuk dibahagi-bahagi kepada penduduk dalam kawasan ADUN Langkap. 32 Jkkk dalam DUN Langkap terlibat yang juga turut disertai jabatan jabatan kerajaan di dalam daerah Setiu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...