I made this widget at MyFlashFetish.com.

Mar 4, 2011

WARGA EMAS PALING BERUSIA



Warga Emas paling berusia di kampung Langkap. Umur mengikut kad pengenalan ialah 92tahun. Tarikh Lahir 19.10.1919. Dipercayai umur beliau melebihi 100 tahun kerana semasa kad pengenalan diperkenalkan oleh pihak kerajaan beliau telahpun berkahwin. Nama beliau ialah Juriah binti Osman. Semasa mudanya banyak membantu masyarakat setempat dengan aktiviti perbidanan sebelum pihak kerajaan memperkenalkan klinik desa. Pada masa ini beliau masih lagi sihat dan masih boleh turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di kampung Langkap dan masih boleh bersembahyang berjamaah setiap waktu diMasjid. Semua Warga kampung Langkap mendoakan kesihatan beliau.Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...