I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nov 26, 2010

Nama Kampung Langkap


Kampung Langkap diberi nama oleh penduduk yang mula meneroka Kampung Langkap dahulu sempena nama pokok Langkap yang banyak dijumpai di kampung Langkap. Gambar pokok yang ditanam didalam pasu besar ini merupakan anak pokok Langkap.

Nov 24, 2010

Tahniah

Berita gembira dari Penghulu Mukim bahawa Jkkk kampung langkap telah berjaya dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung yang berakhir 22.11.2010 dan mewakili daerah setiu kepertandingan peringkat negeri. Tahniah warga kampung Langkap.

Nov 21, 2010

Pengasas sekolah kebangsaan Langkap



 Nama : Haji Mohamad bin Haji Abdul Rahman (Alahyarham ), Lahir di Parit Patah , Pontian Johor. Datang ke Kampung Langkap sebagai pelarian tentera Jepun . Mengajar penduduk kampung Langkap dengan gaji secupak beras sebulan bagi satu murid selepas merdeka sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran sekolah.

Kampung Langkap tahun 1960an

Inilah suasana kampung Langkap pada tahun 1960an

Homestay


Kampung Langkap bersedia menerima pelancung yang ingin menikmati suasana kehidupan kampung, menginap bersama penduduk kampung dengan homestay yang disediakan.

Penghakiman pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung










Tarikh 22.11.2010 penel hakim seramai 7 orang terdiri dari jabatan kesihatan daerah setiu, majlis daerah, KEMAS daerah, JPN daerah setiu, jabatan haiwan, jabatan pertanian daerah dan pejabat daerah setiu telah datang ke kampung Langkap bagi menilai dan membuat keputusan terhadap pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung peringkat daerah setiu. Semua penduduk kampung Langkap berharap dan berdoa keputusan memihak kepada kampung Langkap.

Nov 20, 2010

Sos cili keluaran Langkap

Salah satu product keluaran kampung Langkap, Sedap dan harga berpatutan.

Nov 18, 2010

Bolasepak 5 sebelah

JKKK Kampung Langkap bersma-sama KRT Kampung Langkap akan mengadakan bolasepak 5 sebelah pada 26.11.2010. Kejohanan ini terbuka kepada semua yang berminat. Hadiah tempat pertama RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200.

Selamat Hari Raya Korban





JKKK Kampung Langkap Mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada penduduk kg. Langkap dan seluruh umat Islam. Pada tahun ini JKKK Kampung Langkap terlibat menguruskan Lembu Korban berjumlah 6ekor yang dikorbankan oleh penduduk penduduk kampung Langkap. Sembelihan lembu korban dijalankan secara gotong royong.

Nov 15, 2010

Nasi Kerabu Cafe


Nak rasa nasi kerabu ?? Sedap..... sesiapa yang ingin mencuba sila datang keKg. Langkap. Nama Taukenya Fatimah binti Ali nama Glamour Mak Mawee berusia 60an, Jualan nasi kerabunya 4gantang sepagi...Laris sekali. cuba sekali nak lagi.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar





16.11.2010 bersama-sama PIBG SK Langkap  menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2010. Pada tahun ini seramai 3 orang pelajar SK Langkap berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR dari 12orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR. Pihak JKKK Kg. Langkap mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya, guru-guru yang berusaha serta ibubapa yang gigih . Tahniah warga SK Langkap kerana menduduki tangga ke5 dari 43buah sekolah didaerah Setiu Terengganu, no 42 dari 345 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu. Syabas kepada JPN negeri Terengganu kerana mengekalkan keputusan yang cemerlang untuk 10 tahun berturut-turut.

Nov 13, 2010

program berakit Sungai Nerus

JKKK Kampung Langkap akan mengadakan program berakit menyusuri Sungai Nerus pada 04.12.2010 hari sabtu.Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar. Program ini bertujuan memberi pengajaran kepada generasi muda kampung langkap dihari ini rakit merupakan cara pengangkutan yang digunakan oleh tok nenek mereka dahulu sebelum jalan raya dibina .

Nov 12, 2010

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KAMPUNG PERINGKAT DAERAH



JKKK kampung Langkap terlibat dalam pertandingan kebersihan kampung peringkat daerah yang akan dihakimi pada 22.11.2010. Jumlah kampung yang terkibat dalam pertandingan ini adalah berjumlah 15 buah kampung, 10 buah dipertandingkan dalam kategori A yang mana kampung kampung ini terletak dalam kawasan majlis daerah manakala 5 buah kampung dalam kategori B yang diluar kawasan majlis daerah. Kampung Langkap dipertandingankan dalam kategori B.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...