I made this widget at MyFlashFetish.com.

Dec 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

JKKK Kampung Langkap mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dec 26, 2010

JOM BERKELAH



Tempat perkelahan Lata Payong menjadi tumpuan kepada penduduk kampung Langkap dan penduduk sekitar dihujung minggu. Tempat perkelahan ini masih lagi asli dan tidak tercemar, Lata payong menjadi satu destinasi dalam pakej Homestay kampung Langkap.

Dec 24, 2010

Gotong Royong memasak bubur assyura




JKKK Kampung Langkap bersama-sama KRT Kg.Langkap dan Jawatankuasa Masjid Kg. Langkap serta penduduk kampung Langkap bergotong royong memasak bubur assyura pada 24.12.2010. Sebanyak 3 kawah bubur assyura disediakan dan dibahagikan kepada penduduk kampung Langkap.

Dec 15, 2010

Mengemping.

Mengemping adalah salah satu aktiviti yang diadakan selepas musim menuai padi. Padi yang baru di tuai akan digoreng dahulu selepas itu baru di tumbuk untuk dijadikan emping. Emping ini dimakan dengan kuah yang dipanggil serawa yang dimasak menggunakan santan dan telor. Sekarang tradisi mengemping ini hanya diadakan sebagai acara bagi menyamput tetamu yang berkunjung kekampung langkap sahaja. Tradisi ini masih dikekalkan lagi sehingga kehari ini.

Dec 11, 2010

Gotong Royong







JKKK Kampung Langkap telah mengadakan aktiviti gotong royong membaiki rumah penduduk yang uzur. Rumah penduduk Halus binti Embong seorang Ibu Tunggal mendapat perhatian daripada JKKK kampung Langkap untuk dibaiki. Gotong royong telah dijalankan pada 10.12.2010 hari jumaat.

Dec 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

JKKK Kampung Langkap mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua umat Islam.

Projek Anak Angkat KALSOM



Projek anak angkat KALSOM bersama dengan pelajar pelajar Universiti United Kingdom dan Universiti Ireland telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Ahli Parlimen Setiu Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafei.


Seramai 70 orang para pelajar berada bersama-sama ibubapa angkat dikalangan penduduk kampung Langkap selama 5hari . Terima kasih kepada Pengarah Yayasan Terengganu terutama kepada penolong Pengarah bahagian tajaan En. Razali yang memilih kampung Langkap sebagai destinasi kampung angkat kepada para pelajar ini.

Dec 5, 2010

PROGRAM EXPEDISI BERAKIT SUNGAI NERUS




                                                   
                                                                                 



                                                                                

                                                                                          
                                                                               


                                                                              


                                                                                
                                                                                    



                                




                                                                       




                                                                               



                                                                                                                                                                                                                                            

                                                              Bos Berakit                          
Setelah Lama Tertangguh hari ini 05.12.2010 (ahad ) program expedisi berakit berjaya juga dijalankan. Program ini dirancang oleh KRT Kampung Langkap bersama-sama JKKK Kampung Langkap dengan mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua penduduk kampung Langkap. Walau pun Hujan tak henti turun sejak dua hari yang lalu dan air sungai melepasi paras bahaya tetapi penduduk tetap bersemangat untuk menjayakannya. Perasmian pelancaran program ini dilakukan oleh pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Setiu tepat pada jam 10.00 pagi yang turut dihadiri oleh Penghulu mukim Hulu nerus yang bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta. Dengan nada bergurau Beliau berkata penduduk kg. Langkap nak hilangkan stress dengan berakit walau pun hujan lebat akibat dari kenaikan harga barang yang baru diumumkan kerajaan.

Dec 3, 2010

kejohanan bolasepak 5 sebelah


    Pengerusi Tunas Jiran Muda ( Mohd Affian bin Harun )



















                                             JOHAN ( PASUKAN D'MAX ) KATEGORI DEWASA



                                          JOHAN ( PASUKAN MALAYSIA ) KATEGORI KANAK-KANAK



KRT Kampung Langkap dengan kerjasama JKKK Kampung Langkap serta persatuan belia Bitara Kampung Langkap telah berjaya melaksanakan program kejohanan bolasepak 5 sebelah yang diadakan pada 03.12.2010. Kejohanan anjuran Tunas muda KRT Kampung Langkap ini telah di bahagikan 2 kategori iaitu 12 tahun kebawah dan 13 tahun keatas. Pengerusi Tunas Jiran Muda Saudara Mohd Affian bin Harun bangga dengan penyertaan kali ini dan akan berusaha memantapkan lagi di masa akan datang.

Dec 1, 2010

AL-FATIHAH

Warga kampung Langkap mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Sidek bin Abdullah ( tok Bilal ) yang telah meninggal pada 01.12.2010 ( selasa ) jam 10.00 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 3.00 petang. Jasa Allahyarham akan dikenang. Allahyarham merupakan bilal masjid kg Langkap paling lama dari 1960an hingga 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...