I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nov 15, 2010

Nasi Kerabu Cafe


Nak rasa nasi kerabu ?? Sedap..... sesiapa yang ingin mencuba sila datang keKg. Langkap. Nama Taukenya Fatimah binti Ali nama Glamour Mak Mawee berusia 60an, Jualan nasi kerabunya 4gantang sepagi...Laris sekali. cuba sekali nak lagi.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar





16.11.2010 bersama-sama PIBG SK Langkap  menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2010. Pada tahun ini seramai 3 orang pelajar SK Langkap berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR dari 12orang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR. Pihak JKKK Kg. Langkap mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya, guru-guru yang berusaha serta ibubapa yang gigih . Tahniah warga SK Langkap kerana menduduki tangga ke5 dari 43buah sekolah didaerah Setiu Terengganu, no 42 dari 345 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu. Syabas kepada JPN negeri Terengganu kerana mengekalkan keputusan yang cemerlang untuk 10 tahun berturut-turut.

Nov 13, 2010

program berakit Sungai Nerus

JKKK Kampung Langkap akan mengadakan program berakit menyusuri Sungai Nerus pada 04.12.2010 hari sabtu.Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar. Program ini bertujuan memberi pengajaran kepada generasi muda kampung langkap dihari ini rakit merupakan cara pengangkutan yang digunakan oleh tok nenek mereka dahulu sebelum jalan raya dibina .

Nov 12, 2010

PERTANDINGAN KEBERSIHAN KAMPUNG PERINGKAT DAERAH



JKKK kampung Langkap terlibat dalam pertandingan kebersihan kampung peringkat daerah yang akan dihakimi pada 22.11.2010. Jumlah kampung yang terkibat dalam pertandingan ini adalah berjumlah 15 buah kampung, 10 buah dipertandingkan dalam kategori A yang mana kampung kampung ini terletak dalam kawasan majlis daerah manakala 5 buah kampung dalam kategori B yang diluar kawasan majlis daerah. Kampung Langkap dipertandingankan dalam kategori B.

Oct 17, 2010

Program Sukaneka












Program sukaneka dibuat bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk. JKKK kampung Langkap acara sukaneka ini dapat mengurangkan stress pendudduk . Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan semua penduduk kampung yang terlibat.

Sep 29, 2010

Sambutan Hari Raya AidilFitri











Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dari Pengerusi JKKK dan Semua Ajk kepada Semua Penduduk Kg. Langkap.

28.09.2010  --- gotong royong buat lemang
                    ---malam pertandingan karaoke hari raya
29.09.2010 --- 10.00pg hingga 1.00thgri Jamuan Hariraya

Sep 17, 2010

Program sambutan hari Malaysia







JKKK Kampung Langkap bersama-sama KRT kampung Langkap telah berjaya menganjur sambutan Hari Malaysia pada 16.09.2010. Program ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada penduduk penting dalam mengingati sejarah penubuhan negara Malaysia merangkumi Sabah dan Serawak serta perlu mengekalkan semangat perpaduan dalam mewujudkan keharmonian dalam negara. Pertandingan bacaan sajak bertemakan semangat kebangsaan turut diadakan .  ADUN Langkap Tuan Haji Ashaari bin Idris turut hadir bagi majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan bacaan sajak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...