I made this widget at MyFlashFetish.com.

May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

JKKK KAMPUNG LANGKAP MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU IBU DI KAMPUNG LANGKAP DAN MALAYSIA AMNYA. JASA IBU TAK TERNILAI DAN SEWAJARNYA KITA MENGHARGAINYA. TANPA IBU TIADALAH KITA .

Apr 13, 2011

Program Menugal Jagong & Jamuan Rakyat bersama YAB Menteri Besar Terengganu.















 Tarikh 12.04.2011 menjadi kebanggaan kepada penduduk kg. Langkap kerana pemimpin tertinggi negeri Terengganu YAB Dato' Seri Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu telah sudi datang ke Kampung Langkap untuk makan tengahari bersama penduduk di jamuan rakyat dan menugal jagong. Turut sama mengiringi beliau adalah terdiri pengarah UPEN, pegawai Daerah, YB ADUN permaisuri, ADUN Jabi, YDP Majlis Daerah Setiu, Jurutera JKR Setiu.









Apr 5, 2011

persiapan program menghambat ikan


JKKK Kampung Langkap bergoong royong membuat persiapan bagi program menghambat ikan yang akan diadakan pada 12.04.2011 ( selasa ). Dijangka YB Dato' Ahmad bin Said menteri Besar Terengganu akan turut serta dalam program ini. Mudah2an program berjalan lancar.

Mar 4, 2011

WARGA EMAS PALING BERUSIA



Warga Emas paling berusia di kampung Langkap. Umur mengikut kad pengenalan ialah 92tahun. Tarikh Lahir 19.10.1919. Dipercayai umur beliau melebihi 100 tahun kerana semasa kad pengenalan diperkenalkan oleh pihak kerajaan beliau telahpun berkahwin. Nama beliau ialah Juriah binti Osman. Semasa mudanya banyak membantu masyarakat setempat dengan aktiviti perbidanan sebelum pihak kerajaan memperkenalkan klinik desa. Pada masa ini beliau masih lagi sihat dan masih boleh turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di kampung Langkap dan masih boleh bersembahyang berjamaah setiap waktu diMasjid. Semua Warga kampung Langkap mendoakan kesihatan beliau.Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...