Oct 27, 2012
LATA PAYONG
Sedikit Pemandangan Lata Payong........., kepada pengemar suasana damai air terjun, keindahan hutan, anda bolehlah datang kesini.... rasailah suasana alam yang belum dicemari, air yang bersih dan kedamaiannya. Kepada penghuni bandaraya yang yang ingin lari dari suasana bising kotaraya datanglah ke sini seketika untuk menghilangkan rasa stress anda. Hubungi pihak kami untukmembantu anda untuk ke sini.
SELAMAT HARIRAYA KORBAN
26.10.2012 hari raya AidilAdha, Kemakmuran dan Kemurahan Rezki membolehkan ramai penduduk Kg. Langkap dapat menunaikan ibadah korban pada tahun ini. Sebanyak 7ekor Lembu dikorbankan oleh penduduk kampung langkap termasuk 1ekor disumbangkan oleh YB Dato' ahli parlimen Setiu.
Sambutan Harijadi WargaEmas.
JKKK Kampung Langkap telah mengadakan satu majlis meraikan wargaemas yang ada d Kg. Langkap pada 19.10.2012 (jumaat ) dengan aturcara memotong kek harijadi, bacaan doa selamat, pembahagian Hamper dan jamuan . Majlis disempurnakan oleh SU JKK C.W.Samiun b.Ton Mohamad.
Pada tarikh 19.10.2012 merupakan hari jadi ke 92 tahun warga emas Juriah bt Osman yg merupakan seorang penduduk tertua di Kg. Langkap pada masa ini yang masih lagi sihat dan meneruskan rutin harian untuk sembahyang 5waktu berjemaah di masjid. Jasa semua wargaemas untuk pembangunan insaniah di kampung Langkap sentiasa dihargai. JKKK Kg. Langkap mendoakan kesejahteraan didunia dan akhirat. Amin.
Aug 3, 2012
Jan 27, 2012
gotong royong kawasan masjid 27.01.2012
Program bergotong royong membersih dan mengindahkan kawasan masjid kampung Langkap sebagaimana tuntutan agama,
Oct 28, 2011
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG DAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT DAERAH SETIU TAHUN 2011
JKKK Kampung Langkap telah sekali lagi terpilih untuk penghakiman dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung serta anugerah desa cemerlang bagi peringkat daerah setiu bagi tahun 2011.
Penghakiman telah dibuat pada 20.10.2011. sekali lagi berlaku Transfomasi kepada penduduk kampung Langkap.
Penghakiman telah dibuat pada 20.10.2011. sekali lagi berlaku Transfomasi kepada penduduk kampung Langkap.
Sep 26, 2011
Pesta Langkap
Pesta Langkap telah diadakan pada 16.09.2011 (jumaat) bertempat tepian sungai Nerus kampung Langkap. Seramai 2000 pesrta dan penonton membanjiri kawasan tapak pesta. Acara sukaneka dan kereta lasak 4x4 menjadi tumpuan. Penonton terhibur manakala peserta berbaloi dengan hadian yang dimenangi. Antara hadiah yang dimenangi peserta ialah TV LCD 32". Pesta ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB ADUN Langkap Tuan Haji Ashaari bin Idris Yang turut serta dalam acara dalam acara kereta lasak 4x4.
Subscribe to:
Posts (Atom)


