I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nov 26, 2010

Nama Kampung Langkap


Kampung Langkap diberi nama oleh penduduk yang mula meneroka Kampung Langkap dahulu sempena nama pokok Langkap yang banyak dijumpai di kampung Langkap. Gambar pokok yang ditanam didalam pasu besar ini merupakan anak pokok Langkap.

Nov 24, 2010

Tahniah

Berita gembira dari Penghulu Mukim bahawa Jkkk kampung langkap telah berjaya dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung yang berakhir 22.11.2010 dan mewakili daerah setiu kepertandingan peringkat negeri. Tahniah warga kampung Langkap.

Nov 21, 2010

Pengasas sekolah kebangsaan Langkap



 Nama : Haji Mohamad bin Haji Abdul Rahman (Alahyarham ), Lahir di Parit Patah , Pontian Johor. Datang ke Kampung Langkap sebagai pelarian tentera Jepun . Mengajar penduduk kampung Langkap dengan gaji secupak beras sebulan bagi satu murid selepas merdeka sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran sekolah.

Kampung Langkap tahun 1960an

Inilah suasana kampung Langkap pada tahun 1960an

Homestay


Kampung Langkap bersedia menerima pelancung yang ingin menikmati suasana kehidupan kampung, menginap bersama penduduk kampung dengan homestay yang disediakan.

Penghakiman pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung










Tarikh 22.11.2010 penel hakim seramai 7 orang terdiri dari jabatan kesihatan daerah setiu, majlis daerah, KEMAS daerah, JPN daerah setiu, jabatan haiwan, jabatan pertanian daerah dan pejabat daerah setiu telah datang ke kampung Langkap bagi menilai dan membuat keputusan terhadap pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung peringkat daerah setiu. Semua penduduk kampung Langkap berharap dan berdoa keputusan memihak kepada kampung Langkap.

Nov 20, 2010

Sos cili keluaran Langkap

Salah satu product keluaran kampung Langkap, Sedap dan harga berpatutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...