Feb 18, 2011
Sambutan Maulidurrasul Peringkat JKKK Kg. Langkap
penceramah undangan UstazFauzi bin Mustafa
Penduduk bergotong royong memasak nasi kawah untuk makan tengahari
peserta sambutan maulidurrasul.
YB ADUN Langkap menikmati makan tengahari.
Pada 17.02.2011 JKKK Kampung Langkap bersama Jawatankuasa Masjid Kg. Langkap serta KRT Kg. Langkap telah berjaya mengadakan program sambutan maulidurrasul peringkat Kg. Langkap. Sambutan ini turut disertai oleh pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Langkap dan Sekolah Kebangsaan Langkap. Pihak JKKK Kg. Langkap telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Fauzi bin Mustafa ( pengendali program Alkulliah TV3) bagi memberi ceramah kepada penduduk Kampung dan murid sekolah bagi menghayati sirrah perjuangan Rasullallah SAW. YB ADUN Langkap Tuan Haji Ashaari bin Idris turut sama hadir.
Feb 11, 2011
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KELAS KAFA
Jumaat 11.02.2011 berlangsung majlis penyampaian sijil kelas KAFA dewasa yang di sempurnakan oleh YB Khazan bin Che Mat exco penerangan dan agama negeri. seramai 58 peserta terdiri dari penduduk kg. Langkap telah menerima sijil yang terdiri dikalangan berumur 20an dan paling tua berumur 85 tahun. Yb Khazan dalam ucapannya berbangga dengan jkkk dan jawatankuasa masjid yang menganjur program ini dan berharap ianya akan berterusan. kepada peserta mereka bersyukur kerana dari buta huruf dalan tulisan jawi dan alquran tetapi melalui program ini mereka telah berjaya menguasai terutama dalam membaca alquran.
Feb 7, 2011
Permainan Tradisional
Gendang,gong dan serunai merupakan komponen kepada seni silat tari. Seni Silat Tari merupakan satu aktiviti bagi golongan belia kg. Langkap. Memandangkan generasi tua yang pandai bergendang sudah tidak ramai lagi maka generasi muda mengambil langkah mempelajarinya. Bagi yang memerlukan khidmat silat tari dan gendang bagi memeriahkan majlis majlis seperti kenduri kahwin dan sebagainya bolehlah menempahnya.
KELAS KAFA DEWASA
Jkk Kampung Langkap bersama-sama Jawatankuasa MasjidKg. Langkap telah mengadakan program Kelas dewasa KAFA bermula Januari 2010. Mata Pelajaran yang diajar adalah belajar tulisan Jawi dan Membaca AlQuran. Golongan sasar kepada penduduk yang tidak boleh membaca alquran. Semenjak kelas ini di buka sambutannya amat baik yang mana menarik minat 70 orang pelajar terdiri dari golongan tuan dan muda. Perkembangan dari kelas KAFA ini ramai dikalangan yang tidak boleh membaca tulisan jawi dan Alquran telah berjaya menguasai kedua-duanya. Tenaga pengajarnya ialah Ustaz Ayub bin Ahmad yang merupakan anak kampung Langkap bekas pensyarah di Intitut Aminudin Baki Genting Higland dan mengajar secara sukarela.
Jan 14, 2011
PROGRAM BACAAN YASIN
JKKK Kampung Langkap bersama-sama dengan KRT Kampung Langkap meneruskan semula program bacaan surah Yasin yang tertangguh. Program ini dibuat seminggu sekali yang diadakan pada setiap malam jumaat di rumah penduduk kampung. Matlamat program ini adalah supaya semangat bersatu padu kekal utuh, keberkatan surah yasin akan diperolehi oleh tuan rumah dan kampung Langkap InsyaAllah.
Jan 10, 2011
BANTUAN SEKOLAH
Majlis pembahagian borang bantuan sekolah kepada penduduk pada 10.01.2011. Terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang prihatin kepada rakyatnya.
Jan 7, 2011
Koporat Prihatin
07.01.2011 Syarikat karangkraf melaui Sinar Harian bersama-sama syarikat nestle, syarikat makanan segera mee maggi, pengedar kereta ford syarikat tenaga gemilang sdn bhd dan kedai kasut you telah datang ke kampung Langkap menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir dan bersama-sama penduduk kampung Langkap menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak terbabit. Sumbangan diserahkan oleh wakil syarikat kepada pengerusi jkkk kampung Langkap disaksikan oleh penghulu mukim hulu Nerus, setiu, Terengganu. JKKK Kampung Langkap dan semua penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat terbabit yang sudi memberi sumbangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)













