Jul 20, 2011
program pemimpin bersama rakyat
JKKK Kampung Langkap berjaya menganjurkan program pemimpim bersama rakyat pada 19.07.2011 yang mana Tuan Pegawai Daerah Setiu bersama rombongan pegawai daerah setiu turun meninjau permasalahan penduduk. Kg. Langkap bertuah kerana Pegawai Daerah Setiu memilih Kg. Langkap menjadi destinasi pertama. Selain menyelami permasalahan rakyat pegawai daerah setiu En. Mohamad Nor bin Ibrahim turut sama menyertai acara Ngambat Ikan bersama-sama penduduk Kampung dan makan tengahari. Hasil daripada program tersebut pegawai daerah telah bersetuju bagi mempertimbangkan permohonan jkkk bagi kemudahan tempat perniagaan sebanyak empat pintu rumah kedai dan sebuah wakaf bagi kemudahan ibubapa semasa menunggu anak habis waktu persekolahan.
Jul 10, 2011
sambutan pasukan bolasepak terengganu
Hari ini 11.07.2011 bersama-sama dengan YB ADUN Langkap dan pemimpin setempat menyambut pasukan bolasepak terengganu yang mengungguli piala FA 2011 serta pasukan SUKMA . Syabas wira2 pasukan Terengganu.
Jun 17, 2011
Hobi
Hobi baru penduduk kampung Langkap, memelihara burung Candik. Pertandingan suara burung candik diadakan oleh penduduk kampung Langkap sempena dengan hobi baru mereka. Dikatakan juga harga seekor burung candik ini mencecah ribuan ringgit. Makmurnya negara Malaysia dimana rakyat boleh berbelanja ribuan ringgit semata-mata kerana hobi ini dan betapa dangkalnya pembangkang selalu mengatakan kerajaan kejam dan kuku besi dalam setiap ceramah.
Tambah pendapatan
Tanaman Jagong menjadi pilihan penduduk kampung Langkap bagi menambah pendapatan selain dari kerja menoreh getah. Dijangka diakhir bulan Julai hasil jagung dapat dijual.
May 8, 2011
SELAMAT HARI IBU
JKKK KAMPUNG LANGKAP MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU IBU DI KAMPUNG LANGKAP DAN MALAYSIA AMNYA. JASA IBU TAK TERNILAI DAN SEWAJARNYA KITA MENGHARGAINYA. TANPA IBU TIADALAH KITA .
Subscribe to:
Posts (Atom)




